May 16, 2021 By irasyaziera1 0

Cara mencuci diffuser

CARA CUCI DIFFUSER

“KENAPA DIFFUSER SAYA TAK BERASAP DAH. NAPE ASAP DIFFUSER SAYA SLOW JE”

Risau tak bila jadi macam ni?

Atau pun bila kita diffuse bau tak sekuat macam mula-mula kita beli dan pakai dulu.

Kenapa ini terjadi???

Ini terjadi kerana kita kurang  rajin menjaga diffuser kita. Malas nak mencuci. Asyik guna je. Tak bilas-bilas dah setiap kali guna. Kadang2 sampai berhabuk diffuser tu. Betul ke betul ni!!!

Sayangkan, beli mahal2 tapi tak jaga dengan elok.

 

Kalau ikutkan kita disarankan untuk mencuci diffuser kita setiap kali guna. Jadi ini tanda2 yang harus anda teliti untuk mengetahui samada diffuser anda tu dah ala2 demam atau hampir nazak.

  1. Essential oil dah berkerak di plate diffuser
  2. Bila diffuse, bau essential oil tu dah tak sekuat dulu
  3. Wap2 yang keluar pun dah ala2 hidup segan mati tak mahu
  4. Bunyi dia tiba2 jadi lebih kuat. Dulu bukan main lagi pemalu
  5. Ada juga keluar bunyi macam kucing tersepit (Ini kategori nazak tetapi masih ada harapan)
  6. Diffuser tidak lagi berfungsi. Al-fatihah

 

Apa nak buat jika jadi macam ni? Macam mana nak cuci. Jom kita belajar sama2.

Alat2 yang diperlukan

  1. Kapas
  2. Cuka 1 sudu
  3. Filtered water (Air paip pun boleh)

Cara mencuci

  1. Pastikan diffuser dah dicabut dari plug
  2. Ambil kapas, celup dengan sedikit cuka. Lapkan bahagian dalam diffuser terutama bahagian “metal plate” yang ditengah2 tu. Bersihkan sisa2 essential oil yang melekat dan tersekat kat situ.
  3. Isi air kedalam diffuser (separuh dari full level). Tuangkan lebihan cuka tadi kedalam diffuser berisi air tu.
  4. On diffuser selama 10 minit dan tutup.
  5. Buang air tadi dan bersihkan dengan kapas kering bahagian dalam diffuser tu sekali lagi
  6. You’re done. Now dah boleh enjoy diffuser anda.

 

Mudahkan? Jadi lepas ni boleh lah start membasuh diffuser anda. Paling2 pun seminggu sekali. Sayangi diffuser anda.

 

Nak cara lebih mudah

Anda boleh juga guna lemon essential oil. Lap2 je dengan lemon essential oil tu pada metal plate diffuser anda. Dah siap….

 

 

Nak tahu lanjut, jom pm ira k