October 25, 2020 By irasyaziera1 0

20 Manfaat Lavender Essential Oil

20 Manfaat Essential Oil Lavender

Bau lavender bukan sahaja menakjubkan tapi juga mengagumkan. Lavender boleh mewujudkan persekitaran yang tenang. Ia adalah essential oil yang “multipurpose” dan perlu ada dalam simpanan penggemar essential oil.

Ia boleh menggantikan sebahagian ubat yang ada di almari simpanan anda. Lavender juga merupakan antibakteria, antiseptic dan antivirus. Sebab itu ia penting dan mesti ada dalam simpanan anda.

Antara kegunaan lavender adalah:-

 

  1. Mengurangkan sakit telinga
  • Gosokkan lavender di belakang bahagian telinga sehingga ke bawah rahang. Kemudian tambahkan dengan penggunaan demahan panas untuk mengurangkan kesakitan.

 

  1. Sunburns
  • Lavender bersifat antiseptik dan anti inflamasi di mana ia dapat mengubati kulit yang terbakar juga mengatasi bekas kulit yang belang.
  • Campurkan lavender dengan air dan letakkan di dalam botol semburan.
  • Semburkan seberapa banyak yang anda suka di kawasan yang mengalami sunburn untuk melegakan dan menyembuhkan kulit.

 

  1. Kayap/ herpes zoster
  • Digunakan untuk mengubati kesakitan dan gatal akibat kayap dengan menyapu lavender pada kawasan yang dijangkiti.

 

  1. Stress and anxiety
  • Inhale terus dari botol lavender atau sapukan pada bahagian belakang leher
  • Boleh juga diffuse menggunakan diffuser terutama apabila anda mempunyai anak-anak yang stress dengan pembelajaran mereka.

 

  1. Demam
  • Anda boleh diffuse terus dari diffuser pilihan anda atau campurkan ke dalam air mandian.

 

  1. Alahan
  • Campurkan dengan minyak pati lemon, peppermint, dan carrier oil.
  • Kemudian sapukan pada pelipis, belakang leher beberapa kali sehari.

 

  1. Kurap
  • Gosokkan lavender secara langsung pada tempat yang terlibat beberapa kali untuk beberapa hari sehingga kesan kurap hilang.

 

  1. Meredakan kegatalan
  • Sapukan terus pada tempat gigitan serangga untuk melegakan kesan gatal akibat gigitan serangga.

 

  1. Memulihkan luka ringan
  • Lavender oil membantu merangsang regenerasi sel dan menyembuhkan luka lebih cepat.
  • Sapukan secara langsung pada tempat yang terluka seberapa kerap yang boleh sehingga luka sembuh. Biasanya luka akan cepat sembuh tanpa meninggalkan kesan.

 

  1. Deodorant
  • Gunakan lavender dengan kombinasi baking soda untuk membuat deodaran semulajadi yang selamat dan bebas dari bahan kimia.
  1. Mengurangkan Sakit kepala
  • Gosokkan minyak yang dicairkan pada bahagian pelipis dan belakang leher.
  • Berfungsi hebat apabila digabungkan dengan peppermint

 

  1. Sabun cuci pakaian
  • Sekiranya anda membuat produk pembersih sendiri, lavender adalah tambahan yang bagus.
  • Ia memberikan bau yang segar, bersih dan menenangkan.

 

  1. Melembapkan bibir
  • Campurkan beberapa titik lavender dengan carrier oil dan gosokkan secara langsung pada bibir.

 

  1. Meningkatkan kualiti tidur
  • Minyak lavender adalah pilihan aromaterapi yang popular untuk tidur dan relaksasi. Penggunaan minyak lavender untuk aromaterapi dapat meningkatkan kualiti tidur, termasuk pada mereka yang menghidapi insomnia, depresi, dan kecemasan.
  • Mandikan anak anda dalam air hangat yang dicampurkan dengan lavender dan juga dengan sedikit semburan pada sarung bantal dapat membantu anak-anak tidur lebih cepat dan lena.

 

  1. Penyembuhan tisu parut
  • Sapukan beberapa kali sehari sepanjang proses penyembuhan untuk membantu mengurangkan parut

 

  1. Merangsang pertumbuhan rambut
  • Minyak pati lavender telah diuji berkesan untuk merangsang pertumbuhan rambut.
  • Urutkan lavender pada bahagian kulit kepala setiap hari.

 

  1. Meredakan Loya dan muntah
  • Minyak lavender mampu mengurangi rasa mual dan mabuk perjalanan.
  • Caranya, titikkan lavender di hujung lidah, di belakang telinga, dan di bawah pusar.

 

  1. Mencantikkan kulit
  • Lavender mengandung antioksidan yang boleh melindungi dan menutrisikan kulit. Kerana itu juga, banyak skincareyang menjadikan lavender oil sebagai salah satu kandungannya.

 

  1. Mengatasi jerawat
  • Minyak lavender memiliki bahan-bahan natural dengan formula anti inflamasi dan antiseptik. Hal itu menjadikan minyak lavender tepat untuk mengatasi jerawat yang anda alami.
  • Cukup titiskan minyak lavender ke kapas atau cotton bud,kemudian sapukan pada jerawat.

 

  1. Mengurangkan ketegangan otot
  • Caranya dengan menambahkan 4 hingga 6 titik lavender ke dalam mangkuk besar berisi air panas. Rendamlah tangan atau kaki selama sekitar sepuluh minit dan rasakanlah hasilnya.
  • Cara lainnya adalah dengan menggosokkan minyak lavender pada kaki sebelum tidur.

 

Apakah cara kegemaran anda untuk menggunakan minyak pati lavender?

Adakah anda mempunyai penggunaan yang tidak disenaraikan disini?

Jom Kongsikan!