October 18, 2020 By irasyaziera1 0

15 Essential Oil yang terbaik untuk fokus

Anda ada masalah dengan focus dan tumpuan? Anak- anak tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika membuat kerja- kerja yang dibekalkan.

Percayalah, saya faham keadaan itu kerana kita yang dewasa pun kadang-kadang sukar untuk memberikan tumpuan pada satu2 kerja yang kita lakukan. Inikan pula anak-anak yang masih kecil dan pemikiran mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Pemikiran mereka lebih kepada aktiviti yang menyeronokkan dan kurang stress pada mereka. Contohnya games dan telefon.

Saya biasanya tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja-kerja dilakukan selepas jam 2 petang. Dan saya melihat itu juga terjadi pada anak-anak. Selepas 1 jam di rumah atau selepas 1 jam melakukan kerja-kerja sekolah, saya dapat perhatikan, focus mereka akan berkurangan. Kami melakukan banyak rehat dan bersenam agar mereka dapat rangsangan. Disamping itu saya juga menggunakan essential oil untuk membantu mereka lebih fokus dan memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam kerja-kerja yang dilakukan.

Secara umumnya, essential oil seperti citrus, rosemary, vetiver adalah yang terbaik untuk fokus dan tumpuan. Ia memabnatu menenangkan fikiran agar dapat fokus dan menyegarkan fikiran untuk menyelesaikan sesuatu.

Anda boleh menggunakan essential oil dengan beberapa cara yang berbeza untuk meningkatkan tumpuan.

  1. Aromatik
  • Anda boleh menggunakan dengan diffuser pilihan anda. Masukkan beberapa titik essential oil kedalam diffuser anda dan biarkan ia tersebar ke udara. Bau essential oil akan merangsangkan system limbic otak yang akan mempengaruhi mood dan emosi. Seterusnya ia akan menenangkan, merehatkan fikiran dan menumpukan perhatian.

 

  1. Spray
  • Anda juga boleh memasukkan essential oil kedalam botol semburan yang kecil dan membuat DIY semburan sendiri. Ia boleh dibawa kemana2 sahaja dan digunakan bila diperlukan.

 

  1. Topical
  • Anda boleh sapukan essential oil yang diperlukan secara langsung pada kulit anda. Jika anda menggunakan untuk anak-anak, pastikan anda dilute kan dahulu essential oil yang diperlukan.

 

Antara essential oil yang biasa digunakan untuk fokus

1. Vetiver

  • Mempunyai khasiat yang mampu memberikan effect tenang (calming) dan rehat (relaxing) membuatkan minda kita lebih rileks dan tidak stress.
  • Minyak pati ini sesuai untuk anak-anak yang mengalami masalah susah memberikan tumpuan, mudah terganggu dan tidak duduk diam.
  • Sapukan 1-2 titik dibahagian bawah kaki atau inhale untuk beberapa minit pada waktu pagi dan sebelum tidur.

 

2. Lavender

  • Lavender luas penggunaannya dan banyak khasiat. Untuk khasiat fokus, minyak lavender dapat memberikan effect tenang dan meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan ‘anxiety’ dan ’emotional’ stress pada pengguna.
  • Sapukan 1-2 titik ke leher dan kaki sebelum tidur.
  • Boleh juga diffuse bersama vetiver dan cedarwood.

3. Cedarwood

  • Cedarwood mempunyai aroma kayu yang hangat dan memberikan sifat menenangkan.
  • fungsi essential oil ini juga adalah untuk effect tenang dan rehat di mana minyak ini membantu merembeskan serotonin yang kemudian akan bertukar menjadi melatonin di dalam otak.
  • Ini amat membantu agar anak berasa gembira dan mendapat tidur yang lebih lena supaya hari yg dilalui akan menjadi lebih fokus.
  • Sapukan 1-2 titik pada bahagian kaki pada waktu pagi dan sebelum tidur.
  • Diffused bersama2 dengan vetiver dan lavender

 

 

Kombinasi Vetiver, Lavender dan Cedarwood adalah terbaik untuk memberikan kesan tumpuan dan fokus

 

.

 

 

4. Rosemary

  • Rosemary mempunyai aroma yang ssegar, herba, manis dan sedikit bau ubat.
  • Rosemary untuk memori dimana ia memecahkan “acetylcholine” di otak yang membolehkan sel-sel saraf berkominikasi dengan lebih berkesan antara satu sama lain.
  • Dengan menghidu rosemary essential oil, membantu meningkatkan memori jangka panjang dan prestasi dalam aritmetik mental sehingga 75%.
  • Ia mempunyai bau yang amat menenangkan, membantu mengurangkan keletihan mental. Jadi ia sangat bagus apabila anda mengalami kemerosotan pada waktu petang.
  • Sapukan 1-2 titik dbahagian belakang leher atau boleh juga menggunakan diffuser.

5. Peppermint

  • Menurut sebuah penelitian dari The International Journal of Neuroscience, peppermint meningkatkan daya ingat dan ketajaman fikiran. Dengan begitu Anda tidak perlu terganggu lagi oleh rasa kantuk yang tiba-tiba datang saat sedang bekerja.
  • Peppermint adalah essential oil yang terbaik digunakan untuk focus dan tumpuan.
  • Aromanya merangsang minda dan memberikan tenaga
  • Campurkan peppermint dan lemon bersama2 dalam diffuser kegemaran anda.

6. Basil

  • Basil mempunyai aroma yang hangat, pedas, dan herba yang dikenali untuk meredakan perasaan cemas. Basil memberikan manfaat yang besar kepada minda dan tubuh kerana kandungan linalool yang tinggi, menjadikannya sapuan yang ideal untuk membantu mengurangkan ketegangan apabila disapu ke sisi dan belakang leher.
  • Apabila di diffuse Basil membantu meningkatkan fokus dan melegakan tekanan.
  • Tambahkan 6 titik basil dan lemongrass essential oil kedalam diffuser dan diffuse semasa anda menyiapkan projek anda.

7. Lemongrass

  • Jika anda ingin mengatasi perasaan gugup, atau meredakan keletihan mental, cuba diffuse Lemongrass. Ia dapat membantu merangsang pandangan positif dan meningkatkan fokus anda.
  • Ia mempunyai aroma yang menyegarkan dan bersih yang membantu memotivasikan diri ketika anda menyiapkan kerja2 anda.
  • Gunakan bersama2 basil dan rosemary essential oil untuk aroma yang menggembirakan.

8. Frankincense

  • Ia adalah salah satu essential oil yang terbaik untuk focus dan tumpuan.
  • Letakkan 1-2 titik dibahagian belakang leher dan pelipis.

9. Lemon

  • Lemon mempunyai aroma yang menggembirakan dan dapat memotivasikan diri untuk menyelesaikan sesuatu.
  • Ia boleh digunakan berpasangan dengan peppermint untu aroma yang menyegarkan

10. Cypress

  • Aroma herbanya mampu untuk menenangkan.
  • Diffused bersama2 dengan essential oil jenis citrus seperti bergamot atau lemon.

11. Bergamot

  • Ia mampu menaikkan semangat dan menyegarkan.
  • Boleh digunakan bersama2 Patchouli essential oil

12. Patchouli

  • Ia adalah essential oil yang popular untuk menenangkan dan bersantai.
  • Diffused bersama2 bergamot supaya anda termotivasi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

13. Clarity

  • Ia adalah campuran essential oil basil, Peppermint, rosemary, geranium, coriander, Ylang Ylang, Bergamot, lemon, Jasmine dan Roman chamomile.
  • Ia membantu meningkatkan kewarasan mental dan amat sesuai digunakan semasa menyelesaikan tugasan.

14. Peace and calming

  • Adalah campuran minyak Tangerine, Orange, Ylang Ylang, patchouli dan blue tansy.
  • Ia membantu menaikkan semangat dan rasa kedamaian.
  • Sapukan 1-2 titik di tapak kaki pada waktu pagi dan sebelum tidur

15. Brain power

  • Ia adalah campuran minyak cedarwood, Melissa, frankincense, blue cypress, lavender dan helichrysum.
  • Digunakan untuk menjelaskan pemikiran dan meningkatkan tumpuan
  • Sapukan 1-2 titik dibahagian belakang leher pada waktu pagi dan sebelum tidur.

 

 

 

Adakah anda pernah mencuba essential oil untuk focus dan tumpuan?

Jangan lupa untuk memberi komen  dan memberitahu saya bagaimana kesannya keatas anda