September 23, 2020 By irasyaziera1 0

Kenapa Anda Perlukan Young Living Diffuser?

Kenali Young Living Diffuser

Banyak cara untuk menggunakan essential oil. Salah satunya adalah menggunakan diffuser. Diffuser menyebarkan molekul-molekul essential oil ke udara yang dapat dihidu melalui hidung. Aromanya dapat mendorong sistem saraf untuk mengirimkan signal ke sistem limbik di otak – bahagian otak yang sama yang menampung emosi dan memori.

Ramai yang bertanya, boleh ke beli diffuser lain selain daripada young living?

Boleh ke essential oil lain digunakan bersama young living diffuser?

Dah tentulah, tak boleh!!!

Bukan sebab saya Young Living Distributor, tapi sebab saya sayang anda dan tak nak anda semua terpedaya. “Spend” duit banyak2 tapi dapat barang yang tak berkualiti. Lepas tu lagi merana jika kesihatan terjejas.

Diffuser Young Living diperbuat daripada Polimer plastic jenis Polypropylene (PP), Polybutylene Terephthalate (PBT), Acrylonitrile styrene (AS). Jenis plastik ini adalah lebih berkualiti, kuat, tahan haba yang tinggi dan tahan hakisan essential oil yang pekat jika nak dibandingkan dengan polimer plastik  jenis PET, PETE dan HOPE. Sebab itu tidak boleh guna diffuser atau humidifier komersial yang lain.

Diffuser Young Living juga mempunyai Ultrasonic Metal Plate yang bertindak sebagai atomizer. Dengan atomizer inilah molekul essential oil dapat dipecahkan kepada zarah-zarah yang lebih kecil, di sebarkan dengan efektif dan dihidu oleh pengguna. Jadi, dapatlah anda merasai kelebihan essential oil.

Jika anda menggunakan humidifier dan titikkan essential oil, ia hanya akan terapung di atas air dan tak memberi manfaat apa-apa pada anda. Rugikan.

Apa akan jadi jika anda menggunakan essential oil dalam “bunner”?

Yang ini merbahaya, sebab sifat essential oil akan berubah dan degraded apabila dikenakan haba. “Totally useless” dan rugi juga kan!!!

Kalau anda gunakan purifier, essential oil anda akan habis di tapis oleh purifier tanpa anda dapat menikmati kelebihan essential oil.

Diffuser Young Living tidak menggunakan kaedah pemanasan tetapi ada atomizer. Jadi, ia selamat dan “baby friendly”.

Jika saat ini kamu sedang mencari diffuser yang terbaik, berikut merupakan beberapa pilihan diffuser Young Living Malaysia.

 

Dewdrop Diffuser

Dewdrop diffuser merupakan diffuser generasi pertama yang dipasarkan oleh Young Living Malaysia. Diilhamkan oleh kemurnian dan keanggunan setitis embun pagi. Reka bentuk Dewdrop Diffuser mencerminkan dedikasi Young Living untuk menyediakan essential oil yang berkualiti tinggi. Dew Drop Diffuser Berfungsi sebagai Humidifier, atomizer dan aroma diffuser dalam satu produk yang mudah digunakan.

Dewdrop mempunyai 2 “button power” yang membolehkan anda mengawal pilihan kuasa dan cahaya secara berasingan.

Setting:-

  • Mod Rendah – 8 jam
  • Mod Tinggi – 5 jam
  • Mod Intermitten – 10 jam (1 min on / 1 min off)

Pilihan Cahaya: 11 pilihan cahaya berwarna LED, termasuk mod kerlipan seperti lilin yang memikat.

 

Desert Mist Diffuser

 

Dengan reka bentuk yang cantik yang diilhamkan dari Maghribi dan nampak elegan untuk hiasan kediaman anda. Ia mempunyai masa jangka panjang yang luar biasa, spektrum pilihan pencahayaan penuh.

Dengan menggunakan teknologi frekuensi ultrasonik, Desert Mist Diffuser menghasilkan gelombang pada 1.7 juta sesaat. Memecahkan essential oil dan air menjadi berjuta-juta mikropartikel, menyebarkannya ke udara, dan melepaskan unsur unik essential oil.

Setting:-

  • Mod Tinggi – 5-6 jam
  • Mod Rendah – 8 jam
  • Mod Intermittent – 10 jam  (1 min on / 1 min off)

Pilihan Cahaya: 11 pilihan cahaya berwarna LED, termasuk mod kerlipan seperti lilin yang memikat

Masa Diffused mungkin berbeza-beza berdasarkan jenis minyak pati dan jumlah titisan yang digunakan.

 

 

AromaLux Atomizing Diffuser

 

AromaLux Atomizing Diffuser berfungsi sebagai aroma diffuser, air purifier, dan atomizer dalam satu produk yang mudah digunakan. Ia mengubah essential oil menjadi wap berjuta-juta mikropartikel, menyebarkannya ke udara dan melepaskan unsur-unsur tumbuhan kuat yang terdapat dalam essential oil Young Living.

AromaLux menggunakan prinsip, corak, dan reka bentuk proprietari yang meningkatkan dan menyelaraskan medan tenaga di ruang sekitarnya.

Keunikan diffuser ini adalah anda tidak perlu menambahkan atau menuangkan air ke dalam diffuser kerana boleh menggunakan terus dari botol Essential Oil.

AromaLux memiliki 5 pilihan warna lampu. Diffuser dapat menyala hingga 10 jam dan dapat menjangkau kawasan seluas 65 meter persegi.

 

Lantern Diffuser

 

Lengkapkan hiasan anda dan atur suasana dengan Lantern Diffuser. Tanglung yang menakjubkan ini dibuat dengan perincian logam dan kaca yang indah mengubah ruangan mana pun dengan meresap udara dengan aroma essential oil kegemaran anda. Lantern Diffuser adalah pelengkap sempurna untuk apa sahaja majlis atau perayaan.

Masa diffused yang lebih lama dan 11 ciri cahaya, termasuk mod lilin-flicker yang memikat.

Lantern Diffuser juga berfungsi sebagai humidifier dan atomizer.

Lantern Diffuser boleh memuatkan  200 ml air.

Setting:-

  • Mod Tinggi – 5 jam
  • Mod Rendah – 8 jam
  • Mod Intermitten – 10 jam (1 min on / 1 min off)

Masa diffused mungkin berbeza-beza berdasarkan jenis essential oil dan jumlah titisan yang digunakan.

 

Aria Diffuser

 

Aria Ultrasonic Diffuser adalah kaedah unik dan bergaya untuk menggunakan essential oil di rumah atau di tempat kerja anda. Sistem ini menggabungkan teknologi diffuser dengan pelbagai ciri berguna.

 

CIRI-CIRI & KEBAIKAN

  • Diffuser ultrasonik yang elegan memberikan ruang seperti suasana spa. Tetapkan suasana dengan memilih dari berbagai warna cahaya LED.
  • Di buat daripada bahan semula jadi iaitu “Maple Amerika” dan kubah kaca yang tahan lama.
  • Alat kawalan jauh kayu yang sesuai membolehkan anda menghidupkan Aria dari mana-mana tempat di dalam bilik.
  • Pilihan masa – 2 jam, 6 jam dan 12 jam (Mod berselang – 1 minit on / 1 minit off)
  • Pilih dari 12 minit muzik santai yang dimainkan melalui pembesar suara dalaman atau pasangkan pemain muzik peribadi anda sendiri dengan kabel AV yang disediakan dan dengarkan muzik yang anda pilih.

 

 

Feather The Owl

 

Ucapkan hello pada diffuser yang paling menarik,  Feather the Owl. Gunakan untuk anak kecil anda setiap malam atau beri tenaga di mana-mana bilik permainan dengan diffuser pelbagai fungsi ini.

Ia berfungsi sebagai diffuser, humidifier, “night-light” and “white-noise machine”, semuanya dalam satu.

Mudah digunakan, Feather the Owl mempunyai pelbagai penyebaran dari rendah ke tinggi, 10 pilihan lampu LED yang berbeza dan 5 pilihan “white noise”.

Setting:-

  • Mod Tinggi – 5-6 jam
  • Mod rendah – 8 jam, Mod
  • Mod intermittent – 10 jam (1 minute on, 1 minute off)

Pembesar suara terbina dalam dengan lima variasi bunyi yang berbeza: hujan, burung, ombak laut, kipas angin dan “lullaby”.

Sepuluh pilihan lampu LED yang berbeza untuk memenuhi suasana hati.

 

Gentle Mist Personal Diffuser

 

 

Sama ada anda melakukan perjalanan dari rumah ke gimnasium atau dari Rom ke Milan, Gentle Mist Personal Diffuser akan membantu menjaga kulit dan ruang anda supaya tetap segar.

CIRI-CIRI & KEBAIKAN

  • Mudah alih, padat dan berkuasa bateri – sesuai untuk perjalanan jauh.
  • Automatic off setelah menyala selama 30saat.
  • Dibentuk dengan kerjasama pakar penjagaan kulit essential oil.
  • Berfungsi sehingga 21 kitaran pada satu takungan penuh 8 ml.
  • Plat dan takungan ultrasonik yang boleh diganti.

 

Buatlah pilihan yang bijak. Jangan kerana nak murah, anda sanggup beli. Padahal anda nak guna untuk kesihatan juga kan.

Jadi, dah tentukan diffuser yang menjadi pilihan anda?